MENGENAI PENULIS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-NYA, maka saya telah diberi kekuatan untuk menulis sesuatu yang berharga di dalam laman web ini untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan di luar sana yang mungkin sedang mengintai-ngintai peluang perniagaan atau pelaburan terbaik dan menguntungkan.
Untuk permulaannya, biarlah saya perkenalkan dahulu biodata diri. Nama saya Yunus Bin Mohammad. Berumur 27 Tahun (2012) dan merupakan anak seorang peneroka di salah sebuah Felda di negeri Pahang. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg. Malim, Perak dari tahun 2005 – 2009. Saya pernah berkhidmat sebagai Kaunselor di Negeri Sarawak dan Negeri Sembilan.
Saya mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara serius pada tahun 2009 iaitu ketika usia 24 tahun. Namun, semasa di universiti, saya sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan iaitu menjual t-shirt, baju korporat dan jaket untuk kelab-kelab dan persatuan di UPSI. Keuntungan yang saya perolehi tidak sebesar mana tetapi bolehlah sekadar untuk menampung kehidupan di universiti.
Sebelum ini (2009-2010), saya telah mengikuti beberapa perniagaan MLM dan bolehlah dikatakan berjaya. Namun begitu, kejayaan yang saya kecapi tidak bertahan lama atau dalam erti kata yang sebenar, saya telah GAGAL. Saya gagal bukan kerana perniagaan atau sistem syarikat yang tidak bagus, tetapi saya sendiri yang tidak bagus dalam mengendalikan perniagaan MLM ini. Mungkin bukan rezeki saya bersama MLM.

Kemudian, bermula tahun 2011, saya telah menceburkan diri dalam dunia “Internet Marketing” iaitu perniagaan yang dijalankan 100% melalui medium internet. Saya tidak perlu mencari atau berjumpa dengan prospek, tidak perlu menjual barang, tidak perlu maintain barang setiap bulan dan banyak lagi yang tidak perlu saya lakukan berbanding dengan perniagaan internet yang saya lakukan sekarang. Apa yang penting, anda mempunyai produk laris untuk dijual. Sebagai contoh, saya menjual pelbagai jenis e-book berkaitan pengurusan kewangan, peluang perniagaan dan motivasi.
Selain perniagaan internet, saya juga banyak membuat pelaburan di platform yang memberikan pulangan yang tinggi. Sebagai contoh di Virgin Gold Mining Corporation (VGMC), Public Gold, Global Wave Gold Corporation & 1 World Dirham Berhad. Ke semua platform ini mampu memberikan pulangan atau dividen minimum 10% setiap bulan. Walau bagaimanapun, saya sangat tidak mengesyorkan anda di luar sana untuk menyertai skim-skim pelaburan seperti ini kerana ianya berisiko tinggi dan salah di sisi undang-undang di Malaysia. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, saya kini sedang meluaskan empayar perniagaan saya dalam perladangan, pengangkutan dan tekstil. Amin-
Jadi, kepada anda yang berada di luar sana, sekiranya ingin mengetahui tentang jenis perniagaan internet dan pelaburan terbaik secara terperinci, anda bolehlah terus inbox facebook saya. Saya sedia berkongsi dengan anda semua.
Sekian sahaja,
Demi Kejayaan Bersama,
Yunus Mohammad
Founder & Ceo, Golden Power Group
+6019 386 8581


