3 TIPS MUDAH MENJADI KAYA PADA USIA MUDA!

by Yunus on December 27, 2012

Assalamulaikum & Salam Sejahtera Semua,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca laman blog ini kerana tetap setia mengikuti perkembangan terkini tentang ilmu-ilmu kewangan, peluang menjana pendapatan sampingan, motivasi dan sebagainya. Ramai yang menghantar email kepada saya dan sekalung penghargaan dari saya buat anda semua. Saya juga ingin memohon kemaafan kerana tidak dapat membalas ke semua email yang dihantarkan atas faktor kekangan masa dan sebagainya. Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua 3 tips mudah bagaimana untuk membina kekayaan pada usia muda.

Anda ingin menjadi kaya pada usia muda? Saya bukan bermaksud kaya hasil dari wang loteri atau nombor ekor tetapi kaya hasil dari titik peluh dan usaha sendiri seawal umur muda seperti Jutawan Steve Job dari Apple pada usia 27 tahun (awal 1980-an), Bill Gates dari Microsoft pada usia 30 tahun(1980-an), Larry Page dari Google pada usia 31 tahun (lewat 1990-an), Mark Zuckerberg – pengasas Facebook pada usia 24 tahun! atau Chad Hurley dari Youtube pada usia 30 tahun, dan banyak lagi. Mereka ini telah mencapai satu tahap kegemilangan seawal usia yang muda.

Jika anda ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana mencipta kekayaan pada usia muda, pecahkan tembok batu yang menghalang anda daripada mencapainya dan lihat ke mana kehidupan telah membawa anda setakat ini. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda memecahkan tembok tersebut:-

Tips Membina Kekayaan 1 – Tahu & Faham Kehendak Anda

Secara umumnya ramai yang hanya mengikut kehendak sendiri, tetapi tidak ramai yang mengetahui akan elemen paling penting iaitu tahu dan faham akan kehendak tersebut.

Sebagai contoh, anda bekerja sepenuh masa dipejabat. Dalam masa yang sama, anda berniaga secara kecil-kecilan samada secara offline ataupun online. Keuntungan perniagaan dapatlah sendikit sebanyak membantu menambah duit poket selain dari menerima gaji bulanan dari majikan. Anda hanya mengikut kehendak anda iaitu ingin menambah duit simpanan melalui berniaga kecil-kecilan. Tetapi adakah anda tahu dan faham kehendak tersebut dengan sebenar-benarnya?

Mungkin anda berkehendak untuk mencapai satu tahap dimana pendapatan utama anda ialah perniagaan, dan anda pula bertindak sebagai majikan dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Pernahkah anda terfikir sebegitu? Tahu dan fahami kehendak sebenar anda. Menjadi kaya pada usia muda bukan satu usaha 1-2 tahun.

Tips Membina Kekayaan 2 – Buka Perniagaan Sendiri

Mereka yang telah mencipta kekayaan pada usia muda kesemuanya bermula dari membuka perniagaan sendiri. Jika anda bekerja dan memegang jawatan yang tinggi serta memperolehi pendapatan yang lumayan, namun akhirnya anda hanya seorang pekerja kepada majikan anda.

Dengan membuka perniagaan sendiri, anda sendiri yang membuat keputusan dan menentukan halatuju anda. Dari segi keuntungan dan pendapatan pula, ianya tidak terbatas. Bagaimanapun, membuka perniagaan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah, dan ianya juga berisiko. Namun risiko ada dimana-mana, dan anda perlu meletakkan diri anda satu langkah ke hadapan dalam usaha mencipta kekayaan.

Anda perlu bijak dalam membuat keputusan dan melakukan pelaburan. Dapatkan nasihat pakar sebanyak yang mungkin sebelum terjun ke dunia perniagaan yang serba mencabar.

Tips Membina Kekayaan 3 – Kawal Perbelanjaan Anda Dengan Bijaksana

Jika anda ingin menjadi kaya pada usia muda, anda perlu faham akan kepentingan mengawal dan mengurus kewangan dengan betul. Walaupun anda sudah mempunyai banyak wang sekarang pun, ia akan hilang dan habis dalam sekelip mata jika tanpa pengurusan dan kawalan yang bijak.

Belajar bagaimana untuk mengurus kewangan anda. Gunakan sebahagian dari wang anda untuk simpanan serta perkara-perkara kecemasan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk pelaburan, pembangunan diri, amal kebajikan dan derma, dan bahagian terakhir ialah untuk perbelanjaan anda.

Dan bila bercakap mengenai pelaburan, jangan gunakan ke semua sumber anda pada satu jenis pelaburan sahaja. Bak kata pepatah Enggeris, “Don’t put all your eggs in one basket.”

Itu sahaja perkara-perkara penting dan tips bagaimana untuk mencipta kekayaan pada usia muda yang perlu anda fikirkan dari sekarang. Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing untuk mencapai apa yang mereka impikan, tetapi tidak menjadi masalah jika tips di atas dapat anda amalkan dan jadikan panduan untuk mengukuhkan lagi strategi anda. Siapa tahu mungkin suatu hari nanti, anda tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya di Malaysia atau mungkin di dunia.

“Kepercayaan & Keyakinan Terhadap Diri Sendiri Adalah Penentu Kejayaan”

{ 0 comments }

4 Langkah Mudah Urus Wang Dengan Bijak

by Yunus on August 16, 2012

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak hutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda. Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

Langkah 1: Menetapkan Matlamat Kewangan Anda

Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapaimatlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

Langkah 2: Jejaki Ke Mana Perginya Wang Anda

Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah 3: Menilai Tabiat Berbelanja Anda

Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

Langkah 4: Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda

Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

Awas! Kad Kredit Adalah Liabiliti Kepada Anda Sekiranya Disalahgunakan!

{ 0 comments }

Simpanan Persaraan – Apa Matlamat Anda?

by Yunus on August 4, 2012

Hari ini saya akan berkongsi matlamat pertama kita menyimpan wang iaitu simpanan untuk persaraan. Dalam hal ini, kita semua perlu memperuntukkan sejumlah wang ataupun sebaik-baiknya, sejumlah wang yang besar untuk persaraan. Hakikatnya, kita semua akan bersara pada suatu hari kelak, itu memang tidak dapat dielakkan.

Persaraan boleh diberikan pelbagai takrifan. Ramai orang impikan persaraan awal. Simpan wang yang cukup, berhenti bekerja dan lakukan apa yang kita suka, iaitu apa-apa sahaja hingga ke akhir hayat. Bagaikan suatu mimpi indah, bukan ?

Ada antara kita yang mengambil persaraan sementara. Mungkin untuk belajar ataupun menjelajahi dunia. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bersara kerana telah mencapai umur persaraan yang diwajibkan, iaitu 55 tahun. Pada masa ini mereka dapat berehat dan menikmati saat-saat hidup di dunia ini. Ada pula yang memilih untuk terus bekerja walaupun telah mencapai umur persaraan. Ada juga yang berbuat demikian kerana mereka suka bekerja dan ada juga kerana terpaksa. Kemungkinan besar mereka ini akan menceburi bidang atau disiplin yang baru. Justeru, mereka akan memulakan kerjaya yang baru.

Walaubagaimanapun, pendapatan kita selepas bersara selalunya tidak sebanyak yang diperoleh ketika kita muda-muda dahulu. Malahan, ramai antara kita yang langsung tidak mempunyai pendapatan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai wang yang mencukupi untuk memastikan kehidupan berjalan seperti biasa. Ini memerlukan wang simpanan yang banyak. Satu-satunya cara untuk mempunyai simpanan yang banyak dan mencukupi adalah dengan menyimpan dan melabur wang ketika anda masih muda.

Anda juga perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk persaraan nanti sebelum umur kita semakin meningkat. Jika anda tidak berbuat demikian, zaman “keemasan hidup” akan menjadi masa yang paling getir dalam hidup anda. Anda sudah terlalu tua untuk memperbaiki keadaan dan terlalu uzur untuk memulakan kehidupan baru. Saya akan berkongsi dengan anda kaedah dan bagaimana menyimpan untuk persaraan dalam perkongsian saya yang akan datang !

{ 0 comments }

6 Cara Membina Kekayaan

by Yunus on July 14, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pembaca,

Pada entry kali ini, saya berkongsi bersama rakan-rakan di luar sana berkenaan 6 cara bagaimana untuk kita membina kekayaan dalam hidup kita. Saya percaya, setiap manusia yang lahir ke dunia ini memasang impian untuk menjadi kaya-raya dalam hidup mereka. Namun begitu, tidak semua yang berjaya mencapai impian tersebut. Sebenarnya, kita tidak ada ilmu tentang kekakayaan dan oleh sebab itu, perjalanan hidup kita hanya mengikut laluan-laluan normal kehidupan. Bak kata orang, kalau kita mahu menjadi kaya, kita kena buat apa yang orang kaya buat kerana beza antara orang kaya dan orang miskin ialah tahu dan tidak tahu. Itu sahaja. Baiklah, jom ikuti tip-tip membina kekayaan.

1. KAYA KETURUNAN

“Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth”.

Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

2. MENJADI USAHAWAN ATAU AHLI PERNIAGAAN

Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.

Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.

Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.

Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.

Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

3. BEKERJA KERAS UNTUK MENDAKI JAWATAN DEMI JAWATAN

Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

4. MENJADI  PAKAR ATAU PROFESSIONAL DI DALAM SESUATU BIDANG

Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

5. TERLIBAT DI DALAM “SALES” (BIDANG JUALAN)

Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.

Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

6. NASIB, BAKAT ATAU TERPIJAK

Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.

Artikel ini dipetik dari Metro Ahad, 10 Oktober 2010 oleh Dr. Azizan Osman.

Begitulah 6 cara untuk anda membina kekayaan seperti yang diberitahu oleh Dr Azizan Osman.

{ 0 comments }

Network – Tip Luaskan Empayar Berkualiti

by Yunus on June 27, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bertemu kembali kita dalam rencana seterusnya. Lebih 2 minggu saya tidak menulis sesuatu di dalam blog ini. Dalam tempoh itu, saya menerima banyak pesanan menerusi email dan facebook saya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas ke semua pesanan tersebut. Ini kerana, saya sangat sibuk dengan jadual yang agak padat setiap hari. Boleh dikatakan setiap hari saya ada temujanji dengan klien-klien baru yang ingin menyertai RGCX. Ya, RGCX yang tentulah lebih POWER di abad ini.

Paling saya terharu, seorang rakan saya En. Bukhari Ibrahim yang merupakan seorang kerani di sekolah, dapat mengeluarkan BMW 3 Series pada bulan ke-2 menyertai RGCX. Sebelum ini, beliau hanya memakai kereta kancil. Itu pun second hand. Rezeki anak. Alhamdulillah dan untuk pengetahuan semua pembaca, akan ada beberapa orang lagi pelabur RGCX di bawah Golden Power Group yang akan keluar dengan BMW. Yeahhh…mmg POWER! Baiklah, saya tidak berhajat untuk bercerita panjang mengenai kejayaan RGCX kerana sememangnya TERBUKTI POWER!

En. Bukhari Ibrahim

Jadi, untuk entry kali ini, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimanakah kaedah terbaik untuk menghasilkan sebuah network atau jaringan yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Ini penting untuk memastikan empayar perniagaan anda terus berlaku perkembangan yang pesat dari semasa ke semasa serta membuahkan hasil kejayaan yang begitu luar biasa untuk setiap ahli yang berada di dalam sesuatu jaringan itu. Ikuti tip-tip untuk mendapatkan network yang berkualiti.

Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu Berlimu

Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

  • Perlu Menambahkan Jaringan

Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.

  • Perlu Punyai Perasaan Tolong-Menolong

Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

{ 0 comments }

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Terima kasih kepada semua pelawat yang masih setia membaca artikel-artikel yang dikeluarkan di dalam blog ini. Kali ini saya akan mengupas berkenaan dengan satu isu dalam bidang kewangan iaitu Aset VS Liabiliti. Mungkin ramai antara kita yang masih kurang arif dalam mengurus kewangan mereka. Lebih mendukacitakan apabila ada antara mereka yang menanggung hutang sehingga ratusan ribu ringgit.

Apa yang terlintas di fikiran kita tentang aset ialah harta seperti kereta dan rumah. Ya, memang betul kereta dan rumah merupakan aset penting kepada kita dan tidak salah saya kata bahawa setiap orang akan meletakkan dua harta tersebut sebagai impian pertama untuk dipenuhi. Jawapan sebegini juga diberikan sekiranya anda bertanya kepada akauntan atau pagawai bank. Bank sememangnya mengalu-alukan kehendak pelanggan mereka untuk membuat pinjaman perumahan mahupun kereta.

Ringkasnya, dalam erti kata yang lebih mudah difahami, aset adalah harta atau benda yang dapat menyalurkan pendapatan atau wang kepada anda. Manakala, liabiliti pula adalah harta atau benda yang menyebabkan wang anda keluar daripada poket anda.

Walau bagaimanapun, kereta dan rumah boleh menjadi aset kepada anda sekiranya kereta dijadikan teksi atau kereta sewa dan rumah yang anda beli disewakan kepada orang ramai. Pembentukan aset sebegini akan menyalurkan sumber pendapatan semula kepada anda. Jika tidak, kereta dan rumah sebenarnya adalah liabiliti kepada kita kerana kita perlu membayar ansuran bulanan kereta dan rumah setiap bulan. Ini tidak termasuk duit minyak dan kos membaikpulih kereta lagi. Namun begitu, saya akui, kereta dan rumah merupakan keperluan utama bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Antara perkara yang boleh dikategorikan sebagai aset ialah seperti pelaburan di mana anda mendapat dividen mengikut peratusan tertentu setiap bulan atau setiap tahun. Pelaburan ini merangkumi pelbagai bidang. Contohnya seperti pelaburan dalam bidang emas, hartanah, ternakan, perladangan, pertanian, pengangkutan, pembinaan, media dan sebarang bentuk yang menyalurkan sumber pendapatan kepada anda setiap hari, bulan atau tahun.

Manakala liabiliti pula ialah seperti kad kredit, kereta dan rumah persendirian, pinjaman peribadi dan apa sahaja yang menyebabkan wang anda keluar setiap hari, bulan atau tahun. Adakah anda perasan, kebanyakan keperluan harian kita adalah liabiliti kepada kita.

Jadi, bagaimanakah cara penyelesaiannya? Adakah dengan membuat pinjaman akan menyelesaikan segala hutang kita? Pinjaman hanya akan membesarkan lagi medium liabiliti anda? Atau bagaimana? Apakah platform pelaburan terbaik untuk anda cover semula semua hutang anda? Kalau tidak membuat pinjaman, bagaimana mahu berniaga atau melabur? Dari manakah kita nak dapatkan modal untuk memulakan perniagaan? Semua ini akan saya kupaskan dalam entry yang akan datang. :-)

{ 0 comments }

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada semua pelawat laman web ini kerana anda masih lagi setia untuk membaca artikel-artikel yang saya keluarkan. Ini adalah berdasarkan analisis rating jumlah pelawat yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. 80% daripada jumlah pelawat banyak membaca tentang RGCX. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah, momentum RGCX di bawah Golden Power Group tersangat laju. Ini kerana, Golden Power Group dibarisi oleh barisan Leader yang sangat HEBAT dan kami sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka yang benar-benar berminat dan serius untuk menjadi pelabur atau Pemegang Saham Emas RGCX Trading Corporation di bawah pimpinan Golden Power Group. RGCX POWER!

Baiklah, pada minggu ini, saya akan kongsikan kepada anda semua, 50 fakta menarik serta perkongsian kisah dan prinsip hidup individu ke-7 Terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhari. Saya yakin ramai antara kita yang mengenali beliau. Beliau juga adalah antara idola saya di mana saya juga mempunyai impian untuk berjaya dan kaya seperti beliau. InsyaAllah. Teruskan membaca.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (Berkenaan Know Who), bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI. SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA, APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. …kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN. TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA. SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG, ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR, GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA. SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR.

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah, InsyaAllah.

 

{ 0 comments }

The Millionaire Mindset – Top 20

by Yunus on April 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pembaca,

Pada artikel yang lepas, saya telah bongkarkan rahsia platform pelaburan yang menawarkan pulangan dividen 10% -15% setiap bulan. Selama seminggu artikel itu disiarkan, saya menerima tidak kurang daripada 100 orang yang bertanyakan tentang platform pelaburan tersebut yang rata-ratanya tidak mengetahui langsung tentang kuwujudan platform tersebut. Walau bagaimanapun, saya telah menjelaskan secara terperinci tentang profil syarikat, pelan pemasaran serta perjalanan urusniaga syarikat secara keseluruhannya.

Saya juga mendedahkan kepada mereka individu-individu yang telah menjadi Jutawan dengan ECMC, VGMC dan yang terbaru ialah RGCX. Ada antara mereka yang mencecah purata pendapatan RM4 Juta sebulan. Ya, sangat menakjubkan. Alhamdulillah, 80% daripada yang bertanya, telah pun mendaftar secara percuma dan 20% daripada jumlah tersebut, telah pun menjadi ahli berbayar atau dengan kata lainnya telah sah sebagai pelabur dalam RGCX Trading Corporation. Jadi, 20% ini sedang menunggu dividen pertama mereka pada bulan Mei nanti.

Kali ini, saya akan kongsikan bersama anda semua, “The Top 20 Millionaire Mindset”. Sekiranya 5 daripada 20 faktor berikut ada pada diri anda, maka, anda juga boleh bergelar JUTAWAN!

Buku terlaris di pasaran, “The Millionaire’s Mind” tulisan Dr Thomas Stanley melakukan survey/research pada para Jutawan di US. Faktor-faktor Jutawan mengikut turutan oleh Dr. Thomas Stanley adalah…

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products
  11. Making wise investments
  12. Seeing opportunities other do not see
  13. Being my own boss
  14. Willing to take financial risk given the right return
  15. Having good mentors
  16. Having the urge to be well respected
  17. Investing in own business
  18. Finding profitable niche
  19. Having extraordinary energy
  20. Being physically fit

Apa pendapat anda mengenai senarai ini? bagi saya, alhamdulillah, kesemuanya saya ada. Kekuatan utama pada saya sekiranya perlu memilih 5 sahaja adalah:

  1. Being honest with all people
  2. Having a supportive spouse
  3. Working harder than most people
  4. Loving my carreer / business
  5. Seeing opportunities other do not see

Sekiranya anda boleh memilih 5 sahaja daripada senarai ini yang merupakan kekuatan utama anda, apakah dia? Maka, anda sudah ada jawapan tentang diri anda.

“YA…TIDAK MUSTAHIL, ANDA ADALAH SALAH SEORANG DARI RAMAI JUTAWAN DI MALAYSIA!

{ 0 comments }

Rahsia 10% Setiap Bulan TERBONGKAR !

by Yunus on April 23, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang masih setia untuk membaca artikel-artikel yang dikeluarkan di dalam blog ini. Sebenarnya apa yang ditulis di dalam blog ini kebanyakannya menyentuh tentang pengurusan kewangan, pelaburan, perniagaan, motivasi kejayaan dan pelbagai lagi di mana ada artikel yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman saya dalam dunia perniagaan.

Kekalkan momentum anda untuk terus membaca kerana kali ini, saya akan BONGKARKAN rahsia bagaimana untuk menjana dividen bulanan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan. Ya, SETIAP BULAN! Tentu anda terkejut bukan? Baiklah, teruskan membaca.

Apabila menyentuh tentang pelaburan, saya percaya anda di luar sana tentunya tahu tentang platform-platform pelaburan di Malaysia yang memberikan pulangan 10% setiap tahun. Contohnya, kalau anda melabur RM10,000, maka dividen yang akan anda dapat ialah RM1,000. RM1,000 untuk setahun. Jadi, anda sudah boleh mula menekan kalkulator, tahun bilakah anda akan menjadi kaya? Atau adakah anda mahu, RM1,000 itu anda akan dapat setiap bulan? Jika anda menolak, mungkin anda adalah seorang daripada 100 orang yang menerimanya. Ringkasnya, setiap manusia di dunia ini ingin menjadi kaya-raya atau dengan kata lainnya, ingin mencapai kebebasan kewangan.

Kegagalan saya dalam beberapa perniagaan konvensional dan MLM sebelum ini telah menyedarkan saya tentang banyak perkara. Saya banyak belajar daripada kegagalan saya yang lepas. Saya lalui jalan yang jauh dan oleh sebab itu, saya tidak mahu anda melaluinya seperti saya kerana saya akan sediakan platform terbaik untuk anda yang betul-betul serius ingin mencapai kebebasan kewangan seumur hidup. Ya, hanya kepada yang serius sahaja!

Apa yang saya buat ialah “MONEY WORK FOR YOU”. Dalam keadaan dunia semakin laju, manusia akan menjadi semakin malas untuk bekerja sedangkan kerajaan menuntut 100% komitmen anda untuk mencapai negara maju. Keadaan ini disebut “YOU WORK FOR MONEY”. Saya percaya kehidupan anda penuh dengan tekanan dan tiada keseronokan dalam bekerja. Masa untuk keluarga juga terbatas.

“Money Work For You” merupakan platform pelaburan di mana setelah anda melaburkan wang, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu pulangan sahaja. Bezanya, pulangan dalam bentuk tahunan atau bulanan. Jadi, apakah platform yang mampu memberikan pulangan setiap bulan?

TERBONGKAR!

VGMC (Virgin Gold Mining Corporation) & RGCX Trading Corporation merupakan platform terbaik setakat ini untuk anda melabur. Kedua-dua syarikat gergasi ini menawarkan peluang pelaburan saham emas kepada individu atau pelabur-pelabur yang berminat dengan pulangan dividen sebanyak 10% -15% setiap bulan. Untuk info lanjut berkenaan profil dan pelan pemasaran kedua-dua syarikat, anda boleh membacanya di http://www.yunusmohammad.com/vgmc/ untuk VGMC dan http://www.yunusmohammad.com/rgcx/ untuk RGCX.

Jika anda melabur sebanyak RM10,000, maka anda akan dibayar dividen sebanyak RM1,000 setiap bulan. Sekiranya gaji anda sekarang ialah RM3,000 sebulan, maka jumlah pendapatan anda dalam sebulan telah menjadi RM4,000. Cuba buat pengiraan sekiranya anda melabur sebanyak RM50,000, RM70,000 atau RM100,000, berapakah dividen anda setiap bulan? Sebenarnya, telah ramai yang bergelar jutawan dengan VGMC dan yang terbaru ialah RGCX. Rebutlah peluang kerana peluang tidak selalu datang kepada kita. Jadilah yang terawal dan luaskan empayar anda ke seluruh dunia. Beranilah untuk buat keputusan sekarang demi mengubah masa depan yang lebih gemilang.

Untuk chat berkenaan pelaburan emas VGMC dan RGCX, anda dialu-alukan untuk menjadi ahli di Facebook Golden Power Group. Kami sedia memberi tunjuk ajar kepada anda yang berminat untuk bersama-sama kami dalam VGMC dan RGCX.

Please ‘ask to join group’ http://www.facebook.com/groups/272642242829014/

Salam Kejayaan

Yunus Mohammad

Founder & CEO

Golden Power Group

{ 0 comments }

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

by Yunus on April 22, 2012

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kita perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

1: Kewangan Tidak Selamat (Finacially Not Secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan. Dalam erti kata lain, sekiranya ada simpananpun, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa sahaja. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

2: Kewangan Selamat (Financially Secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu bekerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

3: Bebas Kewangan / Mandiri Kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

4: Tahap Tersangat Kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sedikit yang capai…teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

 

{ 0 comments }